e premte, 26 tetor 2007



Itachi Uchiha
Artikel utama: Itachi Uchiha

Itachi Uchiha
Umur : 17-18 di Naruto, 20 di Naruto Shippūden
Asal : Konohagakure
Status keanggotaan : Aktif
Tinggi : 175,2 cm
Berat : 57,1 kg
Tanggal Lahir : 9 Juni
Golongan darah : AB
Cincin : 朱 ("Merah Darah")
Posisi cincin : Jari manis kanan
Pasangan : Kisame Hoshigaki
Penampakan pertama : Bab 139, Naruto Episode 80
Ciri khas : Ahli dalam Genjutsu, memakai sharingan dan mangekyo sharingan
Seiyu : Hideo Ishikawa

Itachi Uchiha (Uchiha Itachi?) adalah seorang ninja pelarian yang berasal dari Konohagakure, partnernya adalah Kisame Hoshigaki, dan merupakan anggota Akatsuki pertama yang diperkenalkan. Itachi adalah salah satu dari Klan Uchiha yang tersisa, yang lainnya adalah adiknya Sasuke Uchiha dan Madara Uchiha (yang dikenal juga sebagai Tobi). Ia bertanggungjawab atas beberapa peristiwa dalam serial ini, seperti pembantaian Klan Uchiha dan keluarnya Orochimaru dari Akatsuki. Itachi telah membuka serta menguasai misteri dari Sharingan dan Mangekyou Sharingan. Ia juga adalah seorang ahli yang luar biasa dalam ninjutsu dan genjutsu. Sasaran bijuu Itachi adalah Siluman rubah berekor sembilan
Merupakan ninja buruan pangkat-S dari Konoha dan ditanda dalam buku bingo (senarai nama ninja-ninja pangkat-S yang telah melakukan kesalahan dan harus dibunuh). Sebagai ahli Akatsuki, dia dipasangkan dengan Kisame untuk menangkap Naruto bagi memperoleh Kyubi. Tidak seperti pasukan-dua-orang lain dalam Akatsuki, Itachi dan Kisame dapat berkomunikasi dengan baik.

Itachi tamat pengajian dengan cemerlangnya pada usia 7 tahun, menguasai Sharingan pda usia 8 tahun, menjadi Chunin pada usia 10 tahun dan menjadi ketua pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Itachi dilihat sebagai salah satu ninja terhebat dalam keluarga Uchiha. Ayahnya yang suka mengambil tahu tentang kerjaya anak sulungnya selalu menganalogikan Itachi sebagai paip yang menghubungkan keluarga Uchiha kepada Konoha.

Oleh sebab minat ayah Itachi yang mendalam terhadapnya, ayahnya sering meyisihkan anak bongsunya, Sasuke. Itachi membimbing dan menemani Sasuke, malah menghadiri majlis pendaftaran rasmi Sasuke ke Akademi Ninja yang memerlukan kehadiran seorang penjaga. Apabila Itachi memaklumkan hal ini kepada ayahnya, tempat Itachi di majlis tersebut diganti oleh Fugaku,

Selepas kes bunuh diri Uchiha Shisui yang dipercayai merupakan sahabat akrab Itachi, tiga orang ahli keluarga Uchiha bersemuka dengan Itachi untuk mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku. Mereka bertiga mengesyaki bahawa Itachi telah membunuh Shisui (maka menjelaskan bahawa Shisui tidak membunuh diri) kerana situasi dan wasiat yang ditinggalkan tidak berapa meyakinkan. Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa Itachi mula bersikap pelik selepas menganggotai Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha selama setengah tahun. Selepas digertak oleh salah seorang daripada mereka, Itachi menyerang dan mengalahkan mereka tanpa banyak masalah. Mereka kemudiannya memberitahu bahawa Shisui telah ditugaskan untuk memerhatikan gerak geri Itachi. Apabila ayahnya masuk campur dalam hal ini, Itachi mengatakan bahawa dia telah hilang keyakinan terhadap keluarga yang lemah dan memalukan ini. Tetapi, dia masih memohon maaf atas perbuatannya selepas diminta untuk berhenti oleh Sasuke.

Tidak lama selepas peristiwa tersebut, semua ahli keluarga Uchiha dibunuh kecuali Sasuke yang berada di Akademi pada masa pembunuhan. Apabila Sasuke pulang ke rumahnya, dia mendapati semua orang telah mati dan menjumpai abangnya di sisi mayat ibu bapa mereka. Apabila Sasuke bertanya tentang motif pembunuhan ini, Itachi menjawab, "Untuk menguji sejauh mana keupayaanku." Dia mendedahkan bahawa selama ini, dia memainkan peranan sebagai abang yang penyayang hanya untuk menguji kebolehan Sasuke. Itachi juga mengaku bahawa dialah yang telah membunuh Shisui untuk memenuhi syarat bagi memperoleh Mangekyo Sharingan. Sebelum meninggalkan Konoha, dia memberitahu Sasuke bahawa Sasuke tidak layak untuk dibunuh dan jika Sasuke mahu membunuhnya, dia harus membencinya dan memperoleh Mangekyo Sharingan.

Itachi banyak menggunakan ninjutsu dan genjutsu dalam pertarungan yang dibantu oleh Mangekyo Sharingan. Sharingan istimewanya membolehkan Itachi menggunakan 'Amaterasu, 天照' (Sinaran Syurga). Dia juga boleh mengendalikan gerakan tangan yang diperlukan dalam ninjutsu dengan kelajuan yang tinggi sehingga tidak dapat diikut oleh pengguna Sharingan lain. Itachi imun terhadap genjutsu kerana dengan menggunakan Sharingan, dia hanya perlu meniru dan menggunakan teknik genjutsu lawan terhadap pihak lawannya semula. Dengan Mangekyo Sharingan, Itachi boleh menggunakan 'Tsukuyomi, 月読' (Peniru Bulan). Dengan jurus ini, Itachi boleh menyeksa mangsa selama beberapa hari walaupun sebenarnya hanya sesaat berlalu di dunia nyata. Strategi utama untuk tidak terjerumus ke dalam jurus berbahaya tersebut adalah mengelakkan pandangan mata Itachi dan fokus pada gerakan kakinya seperti yang dikatakan oleh Gai dan Kakashi. Tetapi, Itachi masih boleh memerangkap seseorang dalam genjutsu dengan hanya menunjukkan jarinya.